mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Siti Mariam Binti Senen

 USAHAWAN PERTANIAN ( POKOK STRAWBERI )

 

TAHUN MENJADI AHLI PI : 2018

UMUR : 34 tahun

 

LATAR BELAKANG

Puan Siti Mariam, 34 tahun merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan berasaskan pertanian. Beliau mengusahakan tanaman pokok buah strawberi yang biasanya diusahakan di tanah tinggi. Namun atas inovasi teknologi ketika ini, pokok strawberi juga sesuai di tanam pada suhu tanah rendah. Beliau telah mula berjinak-jinak menanam pokok strawberi sejak mengikuti ‘group’ tanaman di Facebook pada awal tahun 2019. Beliau mendapatkan benih dan mempelajari kaedah menanam dan penjagaan di internet sahaja dan sesekali berguru dengan pengusaha stawberi yang menetap di Jengka, Pahang.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Pada mulanya Pn. Siti hanya menjadikan tanaman pokok strawberi sebagai hobi. Namun atas permintaan jiran-jiran dan rakan taulan, beliau mula membuka perniagaan tanaman pokok strawberi secara kecil-kecilan. Selain tanaman pokok semaian, Pn. Siti juga menjual anak benih yang diberoleh dari kenalan dan juga simpanan sendiri. Menyedari potensi penjualan anak pokok semaiannya, Pn. Siti ingin meluaskan pasaran dengan melibatkan diri dalam perniagaan atas talian. Pn. Siti menghadiri Kelas Usahawan Aplikasi Shopee yang dikendalikan oleh Pusat Internet Felda Bukit Damar. Beliau diajar membuka akaun perniagaan ‘Shopee’ dan serba sedikit strategi pemasaran.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan internet dan mengikuti Kelas Keusahawanan di Pusat Internet Felda Bukit Damar, beliau giat mempromosikan perniagaan di media sosial seperti Facebook dan WhatsApp. Kini perniagaan beliau dikenali ramai dan mendapat permintaan tinggi oleh pelanggan. Sejak menjalankan perniagaan dalam talian, pelanggan Pn. Siti bukan sahaja di sekitar daerah Temerloh tetapi telah melangkawi seluruh negeri. Jika dahulu pendapatan Pn. Siti hanya sekitar RM100 sebulan tetapi kini telah mencapai RM 2000 sebulan.

 

GAMBAR