| USAHAWAN PRODUK MAKANAN ( PENCUCI MULUT ) |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2014
UMUR : 34 tahun
LATAR BELAKANG
Pn. Siti Ruhaiza, 34 tahun merupakan salah sorang usahawan muda yang mengusahakan perniagaan makanan (pencuci mulut) seperti kuih muih. Beliau mula berjinak dalam dunia perniagaan makanan sejak 3 tahun yang lepas selepas mendapat maklum balas positif dari ahli keluarga dan juga rakan-rakan yang telah merasai keenakan produk makanan yang dihasilkan. Pada awal perniagaan, beliau hanya memasarkan produk makanan apabila menerima tempahan rakan-rakan dan juga jiran tetangga.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100. Pelanggan hanya sekitar kawasan jiran tetangga dan rakan taulan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Pada awal tahun 2019, beliau mula memasarkan produk di laman sosial seperti Facebook. Penggunaan aplikasi Facebook dan whatapps banyak membantu beliau mengembangkan lagi perniagaan. Melalui aplikasi Facebook beliau mampu memasarkan produk makanan sehingga di luar kawasan. Jika dahulu produk makanan beliau hanya dibuat apabila menerima tempahan, tetapi kini tidak lagi. Produk makanan beliau sentiasa mendapat permintaan dan sambutan dari pelbagai golongan dan bangsa. Beliau juga mengadakan perkhidmatan penghantaran produk dari rumah ke rumah dengan kadar cas penghantaran yang amat berpatutan. Berkat kesabaran dan kesungguhan memuatnaik gambar dan status produk terkini di facebook, beliau kini mempunyai pendapatan yang agak baik jika dibandingkan sebelum menggunakan apliksai facebook iaitu sekitar RM200 – RM500 sebulan.
GAMBAR
Pages: 1 2


