| USAHAWAN PRODUK KECANTIKKAN |
TAHUN MENJADI AHLI PI : 2017
UMUR : 39 tahun
LATAR BELAKANG
Pn. Aida, 39 tahun merupakan salah sorang anak peneroka generasi kedua di Felda Bukit Damar yang mengusahakan perniagaan produk kesihatan. Beliau mendapat pendidikan di peringkat menengah di SMA Hishamuddin, Klang dan kini bekerja sebagai guru Kafa di Temerloh. Beliau berjinak-jinak di dalam dunia berniagaan atas talian dengan menjadi agen sejak awal tahun 2017 sebagai sumber pendapatan sampingan.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pn. Aida menceburi bidang perniagaan atas talian kerana menyedari keperluan untuk mendapatkan pendapatan sampingan dan juga untuk mengisi masa terluang. Namun, perniagaan atas talian tanpa menggunakan teknik pemasaran yang betul tidak mampu membawa pulangan keuntungan yang tinggi. Menyedari keperluan untuk mempromosikan produk perniagaan beliau secara meluas, beliau telah memasuki beberapa kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh PI1M Felda Bukit Damar. Beliau telah diperkenalkan dengan teknik periklanan berkesan dengan penggunaan facebook dan whatsapp untuk tujuan promosi atas talian.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Pn. Aida kini lebih yakin untuk membuat promosi dengan menggunakan strategik pemasaran yang diberi tunjuk ajar oleh petugas PI1M. Selain dari penggunaan facebook dan whasapp, kini beliau sedang gigih menggunakan aplikasi dashboard komuniti (Myshop) sebagai salah satu cabang untuk memasarkan produk perniagaan beliau secara atas talian.
GAMBAR
Pages: 1 2


