LATAR BELAKANG
Pn. Siti Fatimah Az Zahara yang mesra dipanggil Pn. Zara, 30 tahun merupakan salah penduduk di Felda Bukit Damar yang sentiasa aktif menglibatkan diri pelbagai program di NADI Felda Bukit Damar. Beliau telah mendaftar sebagai ahli NADI sejak dari Mac 2025.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Pn. Zara telah menjalankan perniagaan sambal bilis resepi keluarga sejak tahun 2020 secara kecil-kecilan di rumah. Pn. Zara berniaga secara sambilan dengan mengambil tempahan rakan-rakan dan komuniti setempat.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT / PENGLIBATAN NADI
Menyedari kepentingan media sosial untuk mempromosikan produk, beliau sering mengikuti kelas Usahawan seperti Shopee dan mula menjual di platform tersebut. Walaupun Pn. Zara masih baharu dalam dunia perniagaan digital, namun semangat ingin belajar beliau sangat dipuji. Disamping mendapat pendapatan perniagaan secara langsung, kini Pn. Zara bersyukur pendapatan beliau semakin bertambah dengan adanya platform digital seperti Facebook dan Shopee. Pn. Zara sering menggunakan kemudahan ‘drop point’ SPX Express di NADI Felda Bukit Damar sebagai ejen penghantaran pembungkusan jualan beliau. Kini beliau tercalon sebagai ikon usahawan NADI Felda Bukit Damar untuk program NADI X Keusahawanan bagi kohort ke2.
APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI
– Mempelajari membuka perniagaan dalam talian
– Mempelajari teknik mengambil gambar produk yang lebih baik
BAGAIMANA NADI MEMBANTU PERKEMBANGAN PERNIAGAAN/PENINGKATAN TAHAP KEMAHIRAN ICT
– Memahirkan komuniti dalam penggunaan gadget dan teknologi terkini
LINK PRODUK JUALAN SITI FATIMAH AZ ZAHARA :
- Shopee.com.my/ommiempire