mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN (CELIK IT) Q1 : NOR IFWAH BINTI AHMAD

LATAR BELAKANG

Pn. Nor Ifwah yang mesra dipanggil Pn. Ifwah, 36 tahun merupakan salah seorang anak peneroka generasi ke-2 yang sentiasa aktif menglibatkan diri pelbagai program di NADI Felda Bukit Damar. Beliau telah mendaftar sebagai ahli NADI sejak dari awal tahun 2025. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI Pn. Ifwah merupakan suri rumah sepenuh masa. Dalam masa yang sama juga beliau aktif di dalam persatuan MBFM Bukit Damar (Majlis Belia Felda Malaysia). Menyedari kepentingan internet dalam membangunkan salsiah & pengetahuan anak-anak felda, Pn. Ifwah dan rakan-rakan banyak meluangkan masa dengan menyertai pelbagai program yang dijalankan di NADI seperti kelas ICT dan advokasi. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI Beliau sering mengikuti kelas komputer seperti kelas menaip pantas, Microsoft Office (Ms Word) dan internet. Kini, beliau telah mahir menggunakan perisian MS Word dan internet untuk memudahkan kerja harian seperti membuat surat dan memberi tunjuk ajar kepada anak-anak menyiapkan kerja sekolah.

APA YANG DIPELAJARI MELALUI NADI

-Mempelajari menaip surat / dokumen dengan format yang betul

– Mempelajari perisian komputer (Microsoft Office) Bagaimana NADI membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

– Memahirkan komuniti dalam penggunaan gadget dan teknologi terkini

ANTARA GAMBAR AKTIVITI PUAN NUR IFWAH BERSAMA NADI: